BAHAYA BEDUNG BABY CARA YANG SALAH

PENJAGAAN BABY SELEPAS BERSALIN PART 2


BAHAYA BEDUNG BABY CARA YANG SALAH 

(Developmental Dysplasia of Hip (DDH) 

Akhirnya baby telah selamat bersalin. 

Sekarang proses ibubapa menjaga anak yang baru lahir pula.

Dalam masyarakat kita sangat popular membedung baby yang baru bersalin kan.. Tiada salahnya jikalau dilakukan dengan cara yang betul.

Tapi yang menjadi bahaya apabila melakukan cara yang salah dan boleh memberi masalah kepada baby. 

Masalah yang sering dikaitkan adalah:

 1) Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) 

** Bayi meninggal secara tiba-tiba 

** Telah diterangkan lebih lanjut dalam Part 1

http://3d4d-scan.com/penjagaan-baby-selepas-bersalin-part1/

2) Developmental Dysplasia of Hip (DDH) 

** Masalah tulang pinggul baby tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.

** Ia boleh memberi masalah kepada perkembangan kaki dan sendi pinggul kanak-kanak jika dibiarkan dan menyebabkan lebih masalah yang teruk apabila baby semakin membesar dan menjadi dewasa. 

hip-dysplasia

Ada beberapa faktor dan risiko yang boleh menyebabkan berlakunya masalah ini. Salah satunya berkaitan dengan cara bedung baby.

Tetapi, artikel ini hanya akan menyentuh tentang Cara bedung yang salah menyebabkan terjadinya masalah DDH yang boleh kita cuba elakkan bersama.

SOALAN PERTAMA: 

KENAPA KITA BEDUNG BABY?

** Baby lebih selesa dan tidur dengan lebih lena

** Baby kurang menangis

** Bila persekitaran sejuk, bayi terasa lebih hangat semasa bedung

** Jika bedung dilakukan dengan betul, boleh mengelakkan SIDS 

 

SOALAN KE-2?

PERLU KE BEDUNG BABY?

** Ada Doktor Pakar Ortopedik Pediatrik tidak menggalakkan penggunaan bedung ini. 

** Terdapat juga Doktor Pakar yang mengatakan kalau nak guna boleh tapi pastikan anda melakukan cara yang betul. 

== Jadi terpulang kepada ibubapa k 🙂

 SOALAN KE-3?

APAKAH CARA BETUL UNTUK BEDUNG BABY?

cara bedung baby yang betul

Ok, lihat gambar sebelah kiri diatas. Kita sering diberitahu untuk:

– Bedung baby Seketat yang boleh untuk mengurangkan pergerakan baby dan elakkan kaki baby jadi kengkang.

– Dua-dua kaki baby harus dirapatkan dan diluruskan..

cara bedung salah

INI ADALAH CARA YANG SALAH YANG BOLEH MENYEBABKAN DDH

TIPS KETIKA MEMBEDUNG BABY CARA YANG BETUL:

  • Semasa membedung baby, pastikan ada ruang 2-3 jari anda boleh masuk antara dada baby dan kain bedung. Ini membolehkan dada mengembang untuk pernafasan.
  • Pastikan ada ruang untuk kaki baby anda bergerak bebas walaupun telah dibedung. 
  • Pastikan kain bedung diikat dengan kemas. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Terlalu longgar boleh menyebabkan Baby risiko mengalami SIDS. 
  • Video dibawah diterangkan oleh Doktor Pakar menjelaskan dengan terperinci apa itu DDH & Bagaimana untuk Membedung Baby. Ada 3 cara iaitu:
    • Kain Bedung dalam bentuk Berlian ( Diamond)
    • Kain Bedung dalam bentuk Segiempat sama (Square)
    • Bedung Moden – guna rekabentuk yang disarankan untuk mengelakkan SIDS dan DDH.

cara bedung baby yang betul

Di Malaysia sudah ada beberapa Baby Bedung Moden yang sesuai untuk baby.  Ini adalah satu contoh. 

bedung moden

Bagi Mummy yang berminat dan tidak pasti mana ingin membeli untuk anak kesayangan anda, sila klik link dibawah

http://drsitiscan.blogspot.my/2016/05/bedung-baby-moden.html

bedung moden

credits to:
http://sg.theasianparent.com/wp-content/uploads/2015/03/hip-dysplasia-images-650.jpg
http://hipdysplasia.org/developmental-dysplasia-of-the-hip/causes-of-ddh/http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
http://pediatrics.mhsblogs.com/blogs/2013/06/11/to-swaddle-or-not-to-swaddlethat-is-the-question/

www.sidsandkids.org

Posted in Uncategorized.