KURANG DARAH SEMASA HAMIL?

KURANG DARAH SEMASA HAMIL ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ANEMIA…

APA ITU ANEMIA/KURANG DARAH SEMASA HAMIL?

* Secara ringkas, anemia/kurang darah merujuk kepada sel darah marah yg kurang dalam badan kita semasa hamil..

anemia

 

FUNGSI SEL DARAH MERAH?
Di dalam sel darah merah ada Hemoglobin yang berfungsi sebagai pengangkutan- dalam membawa gas Oksigen drpd paru2 ke seluruh tisu badan dan mengambil sisa Karbon dioksida drpd tisu badan ke paru2 untuk dibebaskan kemudiannya melalui pernafasan..

 

fungsi sel darah merah

 

KENAPA BERLAKU ANEMIA?
* Pelbagai punca boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia..
* Tapi, kebanyakan kes adalah disebabkan Kekurangan zat besi/iron dalam badan kita.
* Dalam entri ini, saya hanya akan bercerita tentang Anemia disebabkan kekurangan zat. (Iron deficiency anemia in pregnancy)

* Bila seseorang mengandung, jumlah keperluan sel darah berlipat kali ganda sebab sel2 darah merah itu diperlukan untuk ibu dan baby..
* Jadi kalau Dr mengatakan anda mempunyai masalah kurang darah, mereka selalu akan cuba mencari punca anemia berlaku..

 

anemia

 

 

BILA DIKATAKAN ANDA MEMPUNYAI ANEMIA?
* Mengikut WHO, berikut adalah kriteria2nya..
anemia semasa mengandung
APA YANG PERLU BAKAL IBU LAKUKAN?
1- Sentiasa pastikan anda membuat regular check up dgn Dr anda untuk mengetahui dgn lebih lanjut punca dan progress Hb anda..
2- Jangan lupa makan ubat suplemen yg Dr anda bagi untuk meningkatkan zat besi anda..
3- Cuba amalkan pengambilan zat besi daripada sumber makanan. Kalau nak cepat naik jumlah sel darah merah, cuba anda makan daging2 yg “merah”> Contoh steak ke 🙂
anemia
foods high in iron
4- Anda juga perlu mengambil makanan yg kaya dengan Vitamin C kerana Vitamin C akan membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan..
foods rich in vitamin c
Vitamin C source
Jadi kesimpulannya, walaupun anda mempunyai kekurangan darah semasa hamil disebabkan kekurangan zat besi.. Jangan risau k kerana masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul.. 🙂
 
 
credit pictures to:
http://www.medindia.net/patients/patientinfo/images/anemia-pregnancy.jpg
http://ehealthmd.com/yms_images/55551170.jpg\
http://www.medindia.net/patients/patientinfo/images/iron-deficiency-anemia.jpg
http://www.healthinternetwork.org/the-best-bodybuilding-routine-and-diet/
http://www.top10homeremedies.com/wp-content/uploads/2013/09/anemia_2Dsuper_2Dfoods.jpg
http://www.uspharmacist.com/CMSImagesContent/2010/9/_USP1009-Anemia-T2.gif
Posted in Uncategorized.