APA ITU SPINA BIFIDA

Apa itu Spina Bifida?

spina bifida

Ia adalah sejenis masalah kecacatan dimana “tulang belakang terbelah” semasa bayi dalam rahim lagi.

Ini berlaku 2-3 minggu selepas persenyawaan.

“Neural Tube” adalah permulaan bagi pembentukan sistem saraf dalam pembesaran baby. Apabila neural tube ini tidak berkembang dengan betul dan tidak bercantum sepenuhnya, ini menyebabkan terdapat “gap” pada tulang vertebra (ruas tulang di tulang belakang).

Memandangkan Saraf tunjang dan sistem saraf manusia tersimpan dalam tulang belakang. Jadi, apabila ada gap tersebut, sistem saraf boleh terbonjol keluar dan terganggu fungsinya.

Jenis-Jenis Spina Bifida:

spina bifida

 

1) Spina Bifida Occulta (Tersembunyi) :

= Walaupun jenis ini sering berlaku tetapi jenis ini adalah yang paling kurang serius berbanding yang lain. Occulta bermaksud kecacatan ini tidak terbonjol keluar dan masih diliputi oleh kulit.  Sebahagian luaran vertebra tidak tertutup dengan sepenuhnya. Namun saraf tunjang masih kekal di dalam tulang belakang.

Selalunya jenis ini hanya diketahui apabila Dr melakukan pemeriksaan kepada bayi selepas lahir. Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan ialah: terdapat “dimple” atau ketulan kecil, atau helaian rambut  di belakang badan baby, dan lain2 lagi.

 

2) Spina Bifida Meningocele:

= Jenis ini pula berlaku apabila cecair otak (Cerebrospinal Fluid) dan membran (meninges) yang meliputi saraf tunjang terkeluar daripada belahan vertebra tersebut dan membentuk satu benjolan. Tetapi, ia tidak melibatkan saraf tunjang.

Ciri yang boleh diperhatikan ialah adalah ketulan bengkak di belakang badan baby dan lain-lain lagi.

spina bifida

3) Spina Bifida Myelomeningocele:

Ini adalah jenis yang paling serius kerana ia melibatkan saraf tunjang terkeluar daripada gap vertebra.

Apabila melibatkan saraf tunjang, maka pelbagai masalah sistem saraf yang boleh berlaku kepada baby tersebut.

Selalunya, baby juga mempunyai masalah “hydrocephalus” dimana otak baby menjadi besar kerana pengaliran cecair otak tersumbat.

Fungsi Detailed Scan:

Salah satu perkara yang kita fokus adalah memeriksa otak dan tulang belakang bayi dalam rahim.

Jadi, jikalau spina bifida dikesan pada peringkat awal, pembedahan boleh dilakukan serta merta selepas bayi lahir untuk mengelakkan masalah sistem saraf yang lebih teruk.
Rawatan Bagi Spina Bifida:

Kebiasaanya Dr akan melakukan pembedahan untuk merawat Spina Bifida.

Selain itu, jikalau baby mempunyai Hydrocephalus, “shunt” atau saluran akan diletakkan dalam otak baby untuk keluarkan air berlebihan tersebut.

spina bifida

 

Bagaimana Mengelakkan Keadaan ini terjadi?

Salah satu punca masalah ini terjadi adalah kerana ibu tidak mengambil suplemen Folic Acid semasa mengandung. Folic acid adalah salah satu bahan yang penting dalam pembentukan sistem saraf bayi.

Jadi, saya sangat menggalakkan bakal ibu mengambil suplemen folic acid sebelum dan semasa mengandung.

** Anda boleh refer entri saya yang lepas https://3d4d-scan.com/perlu-ke-makan-folic-acid/

** Anda bole tonton video ini untuk animasi spina bifida:

 

 

pictures & video credit to
http://www.aboutkidshealth.ca/en/healthaz/conditionsanddiseases/brainandnervoussystemdisorders/pages/spina-bifida-myelomeningocele-and-meningocele.aspx
http://38ccda.medialib.glogster.com/media/1d8e49736ed6b05b9968219c532b954de19e37ee9523de8e25545558016c61d3/spina-bifida-lg-enlg-embryo.jpg
http://tricolormedicos.com/spina-bifida
www.thesbrn.org

 

Posted in Uncategorized.