INFOGRAFIK WAKTU SESUAI BABY SCAN & SOALAN LAZIM

Waktu Sesuai Scan Baby **Addon info: 3d/4d/5d/hd Kongsi Sama Info.
-
BABY PAKEJ
- 2D Scan adalah gambar dalam bentuk 2 dimensi. Imej berwarna hitam putih.
- 3D Scan adalah gambar dalam bentuk 3 dimensi. Selalunya berwarna coklat dalam imej.
- 4D Scan adalah rakaman Video baby bergerak dalam bentuk 3 dimensi (Imej 3D)
- 5D Scan atau HD Scan adalah teknologi terbaru, tambahan kepada Imej 3d4d, imej kelihatan lebih jelas dan realistik.
- 2D Scan digunakan untuk memeriksa kesihatan baby, jantina dan lain2.
- 3D4D5D Scan adalah bonus untuk melihat muka baby.
- Dating Scan dilakukan untuk mengetahui samaada kedudukan baby anda dalam rahim, jumlah baby, usia kandungan ketika scan dan jangkaan tarikh bersalin (EDD).
- Disarankan untuk melakukan Dating Scan semasa kandungan dalam 6-10 minggu. Sebelum 13 minggu masih ok lagi.
- Dinasihatkan Bakal Ibu, sila minum banyak air dan jangan kencing sebelum scan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas semasa scan nanti.
- Secara amnya, basic scan bermaksud kita hanya memeriksa tumbesaran baby, air ketuban dan kedudukan uri. 2D basic growth scan boleh dilakukan sepanjang tempoh mengandung.
- Jantina baby dapat dilihat bergantung kepada kedudukan baby dan disarankan selepas 22 minggu ke atas.
- 2D scan biasanya dilakukan untuk basic scan.
- Sila Klik link ini utk Infografik Penjelasan ringkas Beza Basic Scan & Detailed Scan
- https://3d4d-scan.com/detail-scan/
- Pada jangka masa kandungan 11-13 Minggu, kita boleh periksa samaada baby anda mempunyai Risiko untuk menghidapi Penyakit Genetik atau tidak. Contoh: Penyakit Down Syndrome, Edwards Syndrome dll.
- Kita boleh periksa selaput di belakang leher baby yang dikenali sebagai NUCHAL TRANSLUCENCY (NT), Batang Hidung (Nasal bone) dan lain-lain.
- Semua baby pada usia ini sahaja mempunyai selaput itu. Jikalau baby anda mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit genetik, selalunya selaput (NT) itu akan kelihatan lebih tebal drpd biasa.
- Kita juga dapat melihat pergerakan baby di peringkat awal.
- Detailed scan pula bermaksud memeriksa bahagian-bahagian organ baby dengan mendalam (jantung, otak, tulang2, buah pinggang dll), air ketuban, kedudukan uri dan lain2 lagi.
- Jantina baby dapat dilihat bergantung kepada kedudukan baby, jumlah air ketuban dan disarankan selepas 22 minggu ke atas.
- Masa yang sesuai untuk membuat detailed scan adalah pada 20-24 minggu kerana kebanyakan kajian pengiraan ukuran baby yang telah dilakukan adalah pada tempoh masa tersebut. Selain itu, baby anda masih kecil dan bergerak bebas.
- Bagi 25 minggu dan keatas, atas permintaan, Detailed scan dibuat tetapi berkemungkinan tidak sepenuhnya ( Semi Detailed Scan) kerana baby semakin membesar dan melebihi waktu optima scan iaitu 20- 24 minggu.
- Rekod dan report detail akan diberi untuk 20-27 minggu sahaja.
- 2D scan biasanya dilakukan untuk melakukan detailed scan.
- Sila Klik link ini utk Infografik Penjelasan ringkas Beza Basic Scan & Detailed Scan
- https://3d4d-scan.com/detail-scan/
- Masa yang sesuai untuk membuat detailed scan adalah dalam trimester kedua pada 20-24 minggu kerana kebanyakan kajian pengiraan ukuran baby yang telah dilakukan adalah pada tempoh masa tersebut. Selain itu, baby anda masih kecil dan bergerak bebas.
- Bagi 25 minggu dan keatas, atas permintaan, Detailed scan dibuat tetapi berkemungkinan tidak sepenuhnya ( Semi Detailed Scan) kerana baby semakin membesar dan melebihi waktu optima scan iaitu 20- 24 minggu.
- Rekod dan report detail akan diberi untuk 20-27 minggu sahaja.
- 2D scan biasanya dilakukan untuk melakukan detailed scan.
- Sila Klik link ini utk Infografik Penjelasan ringkas Beza Basic Scan & Detailed Scan
- https://3d4d-scan.com/detail-scan/
- Jantina baby hanya dapat dilihat bergantung kepada kedudukan baby, jumlah air ketuban dan factor-faktor lain.
- Disarankan pada 22 minggu dan ke atas. (Info lanjut dalam artikel)
- Scan untuk jantina dilakukan dalan Basic Growth Scan dan Detailed Scan.
- Untuk info lanjut, slik klik artikel "Baby Boy or Girl",
- https://3d4d-scan.com/baby-boy-or-girl/
- Jika anda berminat untuk melihat SELURUH BADAN DAN MUKA BABY dalam satu imej, waktu ideal pada 20-24 minggu.
- Jika anda berminat untuk melihat MUKA BABY, disaran pada 22-30 minggu usia kandungan.
- Jika anda berminat untuk melihat MUKA BABY TEMBAM, waktu ideal pada 26-30 minggu
- Tetapi untuk melihat muka baby anda, semuanya bergantung kepada kedudukan baby, jumlah air ketuban dan factor-faktor lain.
- Kebiasaannya, 3d/4d/5d sesuai dilakukan sebelum 32 minggu.
- Selepas 32 minggu, disebabkan baby semakin membesar, agak sukar untuk dilihat dengan jelas. Semuanya bergantung kepada kedudukan baby anda, jumlah cecair amniotik (air ketuban) dan lain-lain faktor.
- TETAPI jika baby anda duduk elok, kita masih boleh melihat wajah bayi 🙂
- Yang terbesar yang saya pernah scan adalah 39 minggu dan baby itu sangat sporting 🙂
- Disarankan untuk Minum Banyak Air dan Jangan Kencing sebelum sesi scan anda.
- Menurut penyelidikan di seluruh dunia, Ultrasound Scan adalah selamat untuk digunakan semasa mengandung.
- Adalah dinasihatkan untuk melakukan scan untuk mengetahui kesihatan bayi dan bukan untuk tujuan hiburan sahaja.
- Semua jenis ultrasound scan, walaupun scan dilakukan dengan usaha terbaik dan terperinci, Normal Scan masih tidak mengecualikan semua keabnormalan.
- Detail scan hanya boleh mengenal pasti keabnormalan struktur fizikal ketara sahaja. Ia tidak boleh mendiagnosis 100% semua keabnormalan kongenital. Walaupun detail scan dilakukan dengan usaha terbaik dan terperinci, Normal Scan masih tidak mengecualikan semua keabnormalan.